HAJJA (Yaman): Seorang budak perempuan meninggal dunia tiga hari selepas
dinikahkan dengan lelaki berusia 20-an, kata sumber perubatan dan
aktivis hak asasi manusia, semalam.
Elham Mahdi Shuee, 12, menghembus nafas terakhir di hospital Hajja
selepas dimasukkan ke situ kerana mengalami pendarahan akibat
persetubuhan.
Jurucakap Sisters Forum for Human Rights, Majed Al Mathhaji, berkata
Elham disahkan mengalami masalah rahim koyak. Katanya, Elham dikahwinkan
melalui ‘pernikahan tukar’.
“Melalui amalan itu, keluarga suami Elham tidak membayar mas kahwin,
sebaliknya menikahkan anak perempuan mereka yang sama usia dengan abang
Elham,” katanya.
Selepas Elham meninggal dunia, keluarga suaminya membawa pulang anak
perempuan mereka dari rumah abang Elham. Masalah buta huruf dan
kemiskinan menyebabkan amalan mengahwinkan kanak-kanak sesuatu yang
lazim di Yaman. (Agensi)
0 ulasan:
Catat Ulasan